KUALA TERENGGANU, 6 Ogos 2024 - Ketua Pegawai Operasi Shizen International (Solar), Mr Ryo Ogawa mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Pertemuan yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Encik Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun dan empat pegawai syarikat tersebut, susulan bagi menjalinkan kerjasama strategik dan menjayakan majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (Mou) dengan Terengganu Inc. dalam pelaburan tenaga baharu seperti projek solar dan teknologi hijau.