Kunjungan Hormat CUEPACS Negeri Terengganu

Kunjungan Hormat CUEPACS Negeri Terengganu

Image

KUALA TERENGGANU, 5 Ogos 2024 - Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Negeri Terengganu di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Pertemuan diketuai Tuan Haji Zainudin Daud (Pengerusi CUEPACS Negeri Terengganu) dan barisan Ahli Jawatankuasa yang lain termasuk Encik Mohd Zaidi Idris (Naib Pengerusi) dan Puan Wan Hazahari Wan Nik (Setiausaha).

Image

Turut serta, Puan Kusniwati Ismail (Penolong Setiausaha), Encik A. Razak Mamat (Bendahari) dan Encik Mat Napis Saari (Pegawai Pelajaran).

Kunjungan bagi merapatkan hubungan silaturahim dan berkongsi idea bagi menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkasakan peranan serta menjaga kebajikan pekerja sektor awam dalam pelbagai aspek termasuk gaji dan kos sara hidup.

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Designed by: (Unit Korporat)

Hits Pengunjung

Today 125

Week 464

Month 728

All 6724

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu