
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya merakamkan ucapan terima kasih dan selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Semoga ianya mampu menjadi wadah terbaik bagi memudahkan penjawat awam dan rakyat berurusan dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan segala maklumat dan informasi berguna.
Sektor perkhidmatan awam merupakan entiti terpenting sebagai tonggak dalam melaksanakan tadbir urus cemerlang yang bertepatan dengan konsep 'Negeri Maju, Berkat dan Sejahtera' selaras dengan Model Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) menjelang 2030.
Tadbir urus yang cemerlang mampu menjana ekonomi negeri serta meningkatkan sosial ekonomi rakyat Terengganu yang kini direkodkan berjumlah kira-kira 1,149,440 juta penduduk : rujukan https://open.dosm.gov.my/ms-MY/dashboard/kawasanku/Terengganu dan bagi mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan, Penjawat awam hendaklah menzahirkan tahap integriti yang tinggi serta melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab berteraskan nilai-nilai Islam, demi mencapai kecemerlangan perkhidmatan dan memperoleh keredhaan Allah SWT.
Sekian.
Yang Berhormat, Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham
Setiausaha Kerajaan Terengganu



