SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu merupakan jabatan kerajaan negeriyan utama. Pejabat ini diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan selaku pentadbir utama negeri dan juga ketua perkhidmatan awam negeri, penasihat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu. Berikut adalah sejarah awal penubuhan PSUK Terengganu:

1912

LOKASI PERTAMA

Sultan Zainal Abidin (III) telah membentuk pejabat Setiausaha Kerajaan di kawasan Istana Maziah Kuala Terengganu bagi menyelaraskan Pentadbiran Negeri.

1912

1925

LOKASI KEDUA

Pejabat Besar Kerajaan yang baru mula dibina pada tahun 1924 (1342H) dan mula digunakan pada tahun 1925. Kompleks ini lebih dikenali dengan panggilan "Pjabat Jam Besar".

1962

LOKASI KETIGA

Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di jalan Cerung Lanjut telah dirasmikan oleh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia TuanKu Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 26 Mac 1962 (20 Syawal 1381H).

1962

1977

LOKASI KEEMPAT

Wisma Negeri telah dirasmilan pada tahun 29 Jun 1977 bersamaan 12 Rejab 1397H (Pada asalnya bangunan ini telah dinamakan Wisma Darul Iman). Pentadbiran Negeri menukarkan nama Wisma dal Iman kepada wisma Negeri pada 3 Mac 1985.

1986

LOKASI SEKARANG

Pada 28 Ogos 1986, PSUK Terengganu telah dipindahkan ke bangunan baru yang dikenali sebagi Wisma Darul Iman (Tapak asal Pejabat Jam Besar) yang merupakan pusat Pentadbiran utama negeri sehingga kini.

1986

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Designed by: (Unit Korporat)

Hits Pengunjung

Today 71

Week 71

Month 1762

All 3641

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu