KUALA TERENGGANU, 22 Ogos 2024 - Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Terengganu kali kedua 2024, di Kediaman Darul Syakirin, di sini, malam tadi.
Mesyuarat tersebut bagi membincangkan perancangan aktiviti dan hal berbangkit pasukan tersebut di negeri Terengganu.
Turut serta, Komander Rejimen 512 Askar Wataniah, YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato' Seri Tengku Baharuddin.