KUALA TERENGGANU, 1 Julai 2024 - Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat Ketua Istiadat Kelantan, YBhg. Mejar Jeneral Dato' Mamat Ariffin Abdullah di pejabat beliau, di sini, hari ini.
Pertemuan hampir sejam bagi merapatkan tali silaturahim, berkongsi pengalaman dalam pengurusan majlis istiadat dan majlis rasmi anjuran istana yang melibatkan Sultan serta kerabat diraja.