Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW Manifestasi Sebenar Konsep al-Falah (kejayaan) - YAB MB

Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW Manifestasi Sebenar Konsep al-Falah (kejayaan) - YAB MB

Image

KUALA TERENGGANU, 7 Julai 2024 - Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah adalah manifestasi sebenar konsep al-Falah (kejayaan), perjalanan yang menggambarkan pengorbanan, ketabahan dan keazaman yang kuat dalam mencapai matlamat yang suci.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hijrah tersebut telah membawa kepada pembentukan sebuah masyarakat yang berjaya dan gemilang berasaskan prinsip keadilan, persaudaraan dan ketakwaan.

"Dalam konteks hari ini, hijrah memerlukan kita untuk berani berubah dan berinovasi, meninggalkan segala bentuk kemunduran dan kelemahan serta berusaha keras dalam mencapai kejayaan dan kegemilangan," katanya ketika menyempurnakan sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M Peringkat Negeri Terengganu, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja dan pegawai kerajaan negeri yang lain.

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri turut mengingatkan semua supaya menanamkan semangat hijrah dalam setiap aspek kehidupan, baik dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial, akhlak, jasmani mahupun rohani.

Image

Tambahnya lagi, hanya dengan demikian, kita dapat mencapai al-falah yang sebenar.

Pada masa yang sama, beliau mahu supaya sambutan Maal Hijrah 1446H ini perlu dijadikan sebagai momentum untuk memperbaharui tekad dan semangat kita dalam mengejar kejayaan dan kegemilangan. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan langkah kita dan menjadikan kita semua insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

"Semoga semangat hijrah yang kita bicarakan ini terus mengalir dalam setiap tindakan dan keputusan kita.

"Marilah kita sama-sama berazam untuk menjadikan tema Al-Falah pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu pada tahun ini bukan sekadar retorik, bahkan sebagai prinsip hidup yang kita berpegang teguh,"kata beliau lagi.

Akhirnya, beliau berharap agar kita semua diberikan kekuatan dan keikhlasan untuk terus berhijrah menuju kejayaan yang hakiki, di dunia dan di akhirat.

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Designed by: (Unit Korporat)

Hits Pengunjung

Today 125

Week 464

Month 728

All 6724

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu