KUALA TERENGGANU, 23 DISEMBER 2024 - Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Dato' Nara Setia merasmikan Majlis Sambutan Hari Kualiti serta Persaraan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Setiu Tahun 2024, di Dewan Baiduri 2 & 3, Raia Hotel, di sini.
Sementara itu, Pegawai Daerah Setiu, YBrs. Encik Ahmad Rizal Mamat turut menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut.
Di dalam majlis yang sama, Setiausaha Kerajaan Terengganu dan Pegawai Daerah Setiu menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Setiu selain turut menyampaikan cenderahati kepada kakitangan yang bersara dan bertukar.