KUALA TERENGGANU, 18 DISEMBER 2024 - Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Dato' Nara Setia menerima kunjungan hormat daripada Komander Rejimen 512 Askar Wataniah (AW) Kem Padang Midin, YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato' Seri Tengku Baharuddin dan Timbalan Komandernya, Leftenan Kolonel, Hizdir Abdul Zabil dan Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Terengganu di pejabat beliau di Wisma Darul Iman.
Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan pelantikan YB Dato’ Nara Setia sebagai Pengerusi JAKPAW yang baharu menggantikan YM Tengku Seri Bijaya Raja yang telah bersara. Perjumpaan tersebut juga membincangkan perancangan progam tahunan JAKPAW dan Rejimen 512 AW.