Berita Utama

Penolong Pegawai Undang-undang MDB Johan Pidato Sektor Awam Piala SUK Terengganu 2024

Image
KUALA TERENGGANU, 2 Julai 2024 - Juara Pertandingan Pidato Sektor Awam Piala Setiausaha Kerajaan Terengganu Kali Ke-2 2024 akhirnya dinobatkan kepada Penolong Pegawai Undang-undang Majlis Daerah Besut, Encik Ahmad Burhan Sidqi Dato' A Rahim.

Beliau yang menukilkan pengucapan awam bertajuk 'Tadbir Urus Berintegriti, Negeri Diberkati' tampil yakin dengan pengisian yang jitu berjaya meraih johan untuk membawa pulang piala pusingan, piala kejuaraan dan wang tunai RM2,000.

Tempat kedua pula dimenangi pendidik dari Sekolah Rendah Islam Darul Iman Permaisuri, Encik Ahmad Sollehin Mohd Shah, manakala tempat ketiga menjadi milik pendidik yang bertugas di SK Tebing Tembah, Paka, Encik Mohd Shafiq A Ghani.

Pemenang tempat kedua membawa pulang piala dan wang tunai RM1,000 dan tempat ketiga pula menerima piala serta RM700 Kesemua finalis juga menerima hadiah iringan berupa buku sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
 
Image
Pertandingan yang menerima kira-kira 200 penyertaan daripada pelbagai agensi yang melibatkan beberapa negara itu memberi tuah kepada TROVE muncul sebagai pemenang tiga terbaik Anugerah Emas.

TROVE yang merupakan sistem pendaftaran Pertandingan Kumpulan Inovasi Dan Kreativiti (KIK) yang dibangunkan bersama Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM) bagi memudahkan urusan pendaftaran peserta pertandingan KIK di peringkat negeri ini.

Sistem yang diguna pakai sepenuhnya oleh Unit Korporat selaku urus setia induk Pertandingan KIK turut menjimatkan penggunaan kertas dan masa sekitar 40 peratus berbanding amalan sebelum ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Designed by: (Unit Korporat)

Hits Pengunjung

Today 108

Week 447

Month 711

All 6707

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu