KUALA TERENGGANU, 25 Jun 2024 - Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja melancarkan Program Turun Padang HRMIS Care Peringkat Zon Timur Tahun 2024 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), YBrs. Encik Azizul Ab Hadi.
Sementara ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA, YBrs. Puan Rosilawati Budor.
Turut hadir, YBrs. Encik Suhaimi Saudi (Timbalan Pengarah Pengurusan Perubahan dan Tadbir Urus BDTM JPA) selaku Ketua Urus Setia Program dan Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatam JPA, YBrs. Puan Norhartaty Rahmat.
Program tersebut bertujuan melihat pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan menangani isu-isu HRMIS secara 'hands on', meninjau pelaksanaan modul-modul HRMIS dan mendapatkan komitmen penuh agensi-agensi dalam pelaksanaan HRMIS.
Di majlis itu turut berlangsung Taklimat MyDigital ID oleh MIMOS Berhad dan Taklimat Dasar MyPerformance oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA.
Untuk rekod, Program Turun Padang HRMIS Care Peringkat Zon Timur Tahun 2024 melibatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Terengganu, selaku tuan rumah selain PSUK Pahang dan PSUK Kelantan sepanjang dua hari bermula hari ini, di Wisma Darul Iman.