KUALA TERENGGANU, 31 DISEMBER 2024 - Kunjungan hormat daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Nara Setia di pejabat beliau di Wisma Darul Iman. Kunjungan itu diketuai oleh Datuk Bandar, YBhg. Dato' Haji Rosli Latif dan Setiausaha, Encik Nik Mohd Syahrom Nik Md Hashim. Hadir sama, Pengarah Khidmat Pengurusan, Puan Nor Nadia Zahira Zakaria, Pengarah Undang-undang, Encik Wan Marahakim Wan Salleh dan Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti, Encik Saiful Bahari Ramli. Dalam pertemuan dua hala itu, kedua-dua pihak saling bertukar idea untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua belah pihak selain bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini dan hala tuju MBKT. Galeri Foto
KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
- Super User
- Berita Semasa