KUALA TERENGGANU, 18 DISEMBER 2024 - Pihak Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Nara Setia di Bilik Tamu di Wisma Darul Iman.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah MPTN, YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman.
Turut sama hadir Ketua Penolong Pengarah, Encik Shahriz bin Ahmad Laili, Penolong Pengarah (Pentadbiran & Kewangan), Encik Wan Ahmad Nuzran bin Wan Mohamad Lotfi, Penolong Pengarah (Perundangan & Penguatkuasaan), Encik Muhamad Misbahul Munir bin Mat Nasir, Penolong Pengarah (Pembangunan & Operasi Taman), Encik Muhammad Faizzamir Mukhri bin Fauzi dan Penolong Pengarah (Biodiversiti & Penyelidikan), Puan Syuhada binti Mad Juhari.
Pertemuan julung kali itu bertujuan untuk memperkenalkan barisan pegawai MPTN serta memberikan penerangan berkaitan gerak kerja yang sedang dilakukan oleh MPTN pada masa sekarang.