KUALA TERENGGANU, 30 Julai 2024 - Pengerusi Kor Armor Diraja, Leftenan Jeneral Dato' Zaidan Atan mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja di pejabat beliau di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk berkongsi pendapat dan pandangan daripada YBM Tengku dalam mengekalkan hubungan erat dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu merangkap Kolonel Yang Di-Pertua Kor Armor Diraja di samping menyampaikan perkembangan serta aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Kor Armor Diraja termasuk pencalonan bagi Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Terengganu bagi Tahun 2025.