KOTA BHARU, 28 Julai 2024 - Selepas meraikan emas kedua menerusi golf, kem Terengganu terus ceria apabila emas ketiga pula hadir menerusi acara ping pong pada hari terakhir temasya Sukan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Kelantan 2024 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu, di sini.
Ternyata pasukan ping pong PTN Terengganu (TCS) berjaya mengekalkan momentum dan fokus apabila membelasah PTN Johor (5-0) pada perlawanan pertama, sebelum berjaya membenam Kedah (4-1) dan seterusnya menyingkirkan Kelantan dengan keputusan 4-1.
Sementara tempat kedua menjadi milik PTN Kelantan, diikuti tempat ketiga dimenangi oleh PTN Johor dan keempat PTN Kedah.
Syabas dan tahniah pasukan ping pong TCS