Kunjungan Hormat Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur

Image
KUALA TERENGGANU, 21 Julai 2024 - Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur (JPKWT) Kementerian Sumber Manusia (KSM), Encik Ts Zulkifli Mat Daud mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Manusia dan Integriti), YBhg. Dato' Haji Hadi Hasan di Bilik Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 8, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Pertemuan kira-kira sejam itu turut disertai Penolong Kanan Pengarah JPKWT KSM, Encik Ts. Mad Zufri Ismail dan Penolong Kanan Pengarah JPKWT KSM, Encik Eleas Ismail. Turut sama, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, YBrs. Encik Azizul Ab. Hadi.
Image
Kunjungan tersebut bagi memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak khususnya perbincangan bagi menjayakan penganjuran Karnival Jelajah Madani Jom masuk TVET Zon Timur 2024 2024 pada 24 hingga 26 Julai 2024 (Rabu hingga Khamis) di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu.
Program dua hari tersebut bakal dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad.
Selain itu juga, pelaksanaan karnival bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara amnya dan Sijil Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) khasnya.
 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Designed by: (Unit Korporat)

Hits Pengunjung

Today 118

Week 457

Month 721

All 6717

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu