KUALA LUMPUR, 17 Julai 2024 – Perlawanan Persahabatan Boling Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu Vs. MMKN Selangor, di Bowling Centre Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, di sini, berlangsung meriah apabila menteri besar kedua-dua negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan tuan rumah, YAB Dato' Seri Haji Amirudin Shari turun padang sambil menunjukkan kemahiran tersendiri dalam persaingan julung kali itu.
Selain Ahli MKKN Selangor, Ahli MKKN Terengganu yang turut serta dalam perlawanan tersebut, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Nara Setia dan Penasihat Undang-undang Negeri, YB Dato’ Razali Che Ani.