KUALA TERENGGANU, 24 Jun 2024 - Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu, YS Kolonel Tuan Mohd Rosman Abdullah mengadakan kunjungan hormat perpisahan kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, di pejabat beliau, di sini, hari ini.
Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Ibu Pejabat Pertahanan Awam dan tempat beliau digantikan oleh YS Leftenan Kolonel, Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkuatkuasa hari ini.