KUALA TERENGGANU, 23 Jun 2024 - Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Pertemuan lebih sejam itu turut disertai YBrs. Encik Mohamed Nasser Abdul Razak (Timbalan Ketua Pengarah (Aduan)), YBrs. Encik Akmal Ariff Zainul Ariff (Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan BPA), Puan Saliza Mokhtar (Ketua Unit Aduan 2) dan Encik Muhammad Isa Md Onzer (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan BPA).
Turut sama, Pengarah BPA Negeri Terengganu/Kelantan, Encik Khairil Zuhdi Khairuddin.
Kunjungan agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri tersebut bagi merapatkan hubungan sedia terjalin selain memantapkan peranan jabatan tersebut di peringkat negeri khususnya dalam menangani aduan awam terhadap pekerja kerajaan, kekurangan dan penangguhan dalam perkhidmatan dan utiliti awam serta undang-undang dan juga dasar awam.