KUALA TERENGGANU, 2 JANUARI 2025 - Sekitar Majlis Amanat Tahun Baharu YB Setiausaha Kerajaan Terengganu Bersama Pegawai - Pegawai Tadbir Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2025 di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, hari ini.
“Kita bukan sekadar bekerja untuk memenuhi tuntutan kerja, tetapi kita adalah “ The Custodian of People’s Hope ”. Rakyat mengharapkan kita untuk memberikan perkhidmatan terbaik, untuk menyelesaikan masalah mereka dan untuk mencorak masa depan negara yang lebih cerah. Oleh itu, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dengan penuh dedikasi, integriti, telus dan berhemah,” antara intipati amanat yang disampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Nara Setia.
Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Haji Mohd Azmi Mohamad Daham, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBhg. Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato' Ab. Rasid Jusoh dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Manusia dan Integriti), YBhg. Dato' Haji Hadi Hassan.