Berita Utama

Terengganu Dinobat Naib Johan, Tuan Rumah Temasya Sukan PTN 2026

Image
KOTA BHARU, 28 Julai 2024 - Tirai temasya Sukan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Kelantan 2024 ditutup secara rasmi dengan PTN Terengganu meraih tempat kedua apabila mengumpul 17 mata keseluruhan menerusi pencapaian tiga emas, dua perak dan empat gangsa, di belakang PTN Johor.

Johor pula muncul johan keseluruhan selepas memperolehi 19 mata (empat emas, tiga perak dan satu gangsa) sekali gus layak membawa pulang piala pusingan.
Manakala Kedah memperolehi satu emas dan empat perak (11 mata) diikuti Kelantan mendapat satu emas dan empat gangsa (7 mata) masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat keseluruhan.
Image
Majlis makan malam penutup sempena Program Peningkatan Kemajuan Kerjaya Pegawai-pegawak Tadbir Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor serta penyampaian hadiah bagi acara sukan di Hotel Grand Riverview, di sini, disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Kaya Setia.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan empat negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengarah Yayasan Terengganu merangkap Yang Dipertua, Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu, YBhg. Dato' Haji Mohd Azmi Mohamad Daham.

Di majlis itu, turut berlangsung acara simbolik penyerahan bendera edisi sukan PTN Kelantan 2024 kepada negeri penganjur seterusnya, iaitu Terengganu Darul Iman.
'See you in Terengganu 2026'

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Designed by: (Unit Korporat)

Hits Pengunjung

Today 109

Week 448

Month 712

All 6708

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu