Tender / Sebutharga

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM PENGHAWA DINGIN DAN PENGEDARAN UDARA SECARA TIDAK MENYELURUH (NON-COMPREHENSIVE), DI BANGUNAN WISMA DARUL IMAN, KUALA TERENGGANU

Kod Bidang 221002 (Membersih Kawasan)

Image
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN
TERENGGANU

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
 

1. Sebut harga adalah dipelawa daripada Syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 dengan pengkhususan kategori Mekanikal (ME) Kod M01 (sistem penghawa dingin dan pengedaran udara) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dibenarkan membuat tawaran Perolehan Perkhidmatan sebagaimana berikut :- :-

SH (KP) 12/2020

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM PENGHAWA DINGIN
DAN PENGEDARAN UDARA SECARA TIDAK MENYELURUH
(NON-COMPREHENSIVE), DI BANGUNAN WISMA DARUL IMAN,
KUALA TERENGGANU

2. Dokumen sebut harga akan dijual mulai pada 4 Oktober 2020 (Ahad) kepada Syarikat yang berkelayakan dengan bayaran Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Lima (RM 35.00) Sahaja dalam bentuk Wang Kiriman Pos, Draf Bank atau Wang Tunai (tidak dikembalikan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan, (Bahagian Khidmat Pengurusan), Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada hari dan waktu sebagaimana berikut:- 

 
Ahad hingga Rabu -  8.30 pagi hingga 12.30 tengahari

      2.30 petang hingga 4.30 petang

Khamis -                  8.30 pagi hingga 12.00 tengahari


*Sila bawa bersama Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) semasa membeli Dokumen.


3. Dokumen tawaran yang telah sempurna hendaklah dialamatkan kepada:
 
YANG BERHORMAT
SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU,
TINGKAT 15 WISMA DARUL IMAN,
20503 KUALA TERENGGANU

4. Borang tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan dalam sampul dan ditulis tajuk sebut harga pada sebelah kiri sampul tersebut dan dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu sebelum atau pada 11 Oktober 2020 (Ahad) tidak lewat dari jam 12.00 tengahari. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian 09-6276521/6515.

5. Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.



YANG BERHORMAT
SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
TINGKAT 15, WISMA DARUL IMAN
20503 KUALA TERENGGANU
5 Oktober 2020

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Designed by: (Unit Korporat)

Hits Pengunjung

Today 85

Week 424

Month 688

All 6684

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu