Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Muncul Johan Perbarisan Maulidur Rasul

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Muncul Johan Perbarisan Maulidur Rasul

PASUKAN Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu muncul johan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 2022 Peringkat Negeri Terengganu bagi Kategori Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Kerajaan Negeri , di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam (9 Oktober 2022).

Sementara bagi Kerajaan dan Badan Berkenan Persekutuan dimenangi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan SM Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu pula diumumkan johan bagi kategori Sekolah Menengah/IPT dan IPTS.

Manakala Kumpulan Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) pula memenangi kategori perarakan syarikat swasta, diikuti Kategori Pasukan Beruniform dimenangi oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula menjadi milik Masjid Al-Hijrah sebagai juara, manakala untuk kategori terakhir Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Mukim Bukit Besar (Ladang) diumumkan johan dengan masing-masing menerima wang tunai RM3,000.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada semua pemenang melibatkan tujuh kategori yang dipertandingkan disertai 78 kontinjen dengan pembabitan 2,340 peserta.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda mencemar duli merasmikan majlis tersebut diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Designed by: (Unit Korporat)

Hits Pengunjung

Today 83

Week 422

Month 686

All 6682

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu