Oleh : AIDA ABD RAHMAN

 

SETIU, 9 September - KerajaanTerengganu komited untuk memulihara dan membangunkan Pulau Bidong sebagai lokasi pelancongan bersejarah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklukmat negeri, Ariffin Deraman berkata, Pusat Informasi Maklumat (TIC) berkait dengan pulau itu juga akan dibina sebagai tarikan tambahan kepada pelancong.

Katanya, beberapa kerosakan infrastruktur di pulau terbabit pula akan dibaik pulih dalam masa terdekat.

"Kemudahan seperti jeti, laluan pejalan kaki dan menjaga kebersihan di sekitar pulau itu demi keselesaan pengunjung.

"Kita juga melihat jeti ini adalah jeti yang terbaik antara pulau-pulau yang terdapat di Terengganu, namun terdapat sedikit hakisan berhampiran jeti yang membimbangkan," ujarnya semasa melakukan lawatan ke Pulau Bidong baru-baru ini.

Hadir sama dalam lawatan itu, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Che Muhamad Azmi Ngah.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini Pulau Bidong masih lagi terpelihara termasuk memiliki coral-coral yang menarik.

"Pulau ini juga sesuai untuk ‘daytrippers’ yang datang ke sini walaupun sebahagian mereka pergi ke Pulau Kapas, Pulau Redang tetapi kalau pihak kami akan menyediakan infrastruktur yang secukupnya.

"Kami yakin dengan kedatangan pelancong ia akan menghidupkan lagi suasana Pulau Bidong," jelasnya.

Dalam kunjungan tersebut, Ariffin turut melawat ladang ternakan batu karang yang diusahakan Yayasan Coral Malaysia, kawasan perkuburan Vietnam, Pantai Pasir Tenggara dan monumen peringatan orang Vietnam.- URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Oleh : AIDA ABD RAHMAN

 

DUNGUN, 10 September - Golongan muda diseru agar menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat untuk diri dan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Rantau Abang berkata, mereka adalah aset negara dan bakal pemimpin masa depan sewajarnya tidak terjebak dengan aktiviti yang akan merugikan negara.

"Sebagai galakan kepada orang muda agar beriadah maka pihak Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang terpanggil untuk menyerahkan set meja ping-pong, jelasnya.

Alias berkata demikian selepas menyerahkan meja ping-pong kepada empat buah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Rantau Abang dan juga Persatuan Ping-Pong Dungun.

Menurut beliau, empat MPKK tersebut adalah MPKK Balik Bukit, MPKK Seberang Pintasan, MPKK Teluk Bidara dan MPKK Taman Rakyat Jaya.

"Set meja ping-pong ini akan diletakkan di tempat yang mudah dikunjungi masyarakat setempat dan insyaAllah disamping mengisi masa dengan aktiviti sihat ianya juga dapat mengeratkan silaturahim sesama orang kampung,"ujarnya. -URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Designed by: (Unit Korporat)

Hits Pengunjung

Today 109

Week 448

Month 712

All 6708

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu