KUALA TERENGGANU, 22 Oktober 2025 – Sesi Libat Urus Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, YB Dato’ Dr. Azman bin Ibrahim bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Terengganu telah berlangsung di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini.
Sesi libat urus tersebut membincangkan pelbagai isu termasuk pengurusan ladang FGV di atas tanah negeri serta isu tapak perumahan bagi generasi kedua Felda.





