KUALA TERENGGANU, 2 JANUARI 2025 - Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Nara Setia menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan Terengganu Inc di Kediaman Darul Syakirin, hari ini.
Pertemuan tersebut diketuai oleh Presiden & Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, YBhg. Tuan Haji Burhanuddin Hilmi Bin Mohamed @ Harun dan bertujuan bagi mengukuhkan hubungan serta memperkenalkan sebahagian barisan ketua-ketua Syarikat Bawah Kumpulan Terengganu Inc kepada YB Dato’ Nara Setia.
Hadir sama, Pengarah Eksekutif TDM Berhad, Tuan Haji Najman Bin Kamaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Ts. Haji Muhtar Bin Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Tuan Haji Abdul Karim Bin Endut, Ketua Eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, YM Che Ku Hafeez Bin Che Ku Denang, Ketua Pegawai Eksekutifi GPQ, Encik Noor Mohd Suhaimie Ismail, Penolong Pengurus Pentadbiran & Kewangan Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Encik Md. Zamri Bin Shidik, Pengurus Besar Permai Hotel, Encik Amer Bin Ahmad, Pengurus Besar Manis FM, Encik Ozarizan Mohd Nor Dan Pengurus Besar Primula Beach Hotel, Puan Hajah Suaibah Binti Harun.
Turut memeriahkan kunjungan hormat itu, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato' Ab Rasid bin Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Manusia dan Integriti), YBhg. Dato' Haji Hadi bin Hassan, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), Encik Azizul bin Ab. Hadi.