MAJLIS SAMBUTAN MALAM AMBANG MERDEKA TAHUN 2024

Image

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos 2024 - Majlis Sambutan Malam Ambang Merdeka Tahun 2024 di Dataran Muara Utara, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, di sini, malam tadi berlangsung meriah.

Orang ramai berpusu-pusu memenuhi tapak sambutan bagi melihat lebih dekat acara yang disajikan dan tidak melepaskan peluang menunggu serta mengira detik 12.00 malam sambutan tarikh keramat kemerdekaan negara yang ke-67.

 

Image

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, YB Ustaz Ariffin Deraman yang menggantikan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijya Raja.

Turut diadakan perarakan masuk Jalur Gemilang oleh anggota Rejimen 512 Askar Wataniah dan penyerahan Jalur Gemilang, diikuti 'Countdown' detik 12:00 malam Hari Kebangsaan 2024.

Sejurus upacara menaikkan Jalur Gemilang diringi koir lagu Negaraku, lagu Tanggal 31 Ogos dan lagu Jalur Gemilang, majlis berakhir dengan pertunjukan bunga api.

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu


Penafian: Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Designed by: (Unit Korporat)

Hits Pengunjung

Today 125

Week 464

Month 728

All 6724

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2025 . Laman Web Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu