KUALA TERENGGANU, 1 Ogos 2024 - Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja turun padang untuk meninjau persiapan dan latihan terakhir atletatlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu di Ar-Riyadah Residence, Gong Badak, di sini.
Beliau meluang masa beramah mesra dengan pengurusan dan juga atlet bagi sukan ragbi, silambam, bola jaring serta boling padang.
Turut serta, Ketua Kontinjen SUKMA Terengganu, YBhg. Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Encik Ahmad Shahrizal Yahaya.