MoU Kerjasama Projek Penanaman Kelapa Bernilai RM19 Juta Di Setiu
MAJLIS Menandatangani Perjanjian di antara Pejabat Daerah Setiu, Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. dan LRT Agribusiness Sdn. Bhd. bagi Projek Komersial Penanaman Kelapa di Kampung Banggol Mukim Tasik dan Mukim Calok, Setiu berlangsung di Dewan Jamuan, Tingkat 18 Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (1 November 2023).
Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan ucapan perasmian sebelum menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran dokumen perjanjian.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, YB Dr. Azman Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja.

Projek tersebut melibatkan jalinan kerjasama dengan nilai pelaburan sebanyak RM19 juta bagi membuka kawasan penanaman kelapa seluas 490 hektar.
Pelaksanaan projek itu juga bakal menghasilkan lebih 100 peluang pekerjaan di semua peringkat bermula daripada operasi perladangan sehingga kepada perkilangan bermula 2024 sehingga 2028.
Dalam pada itu, jangkaan pengeluaran yang dapat dihasilkan sebanyak 18 juta biji kelapa setahun, seterusnya meningkatkan Kadar Kecukupan Sara Diri (SSR) kelapa di Terengganu dalam tempoh lima tahun lagi.
Berdasarkan kepada perancangan, tuaian pertama bakal menyumbang kepada 67 peratus SSR kelapa Terengganu pada tahun 2027, sekali gus akan menjadikan SSR kelapa negeri berada pada tahap 148 peratus pada tahun yang sama.
Ianya turut menjadikan Terengganu pengeluar utama komoditi kelapa negara dan berkemampuan mengeksport ke luar negara dalam bentuk buah-buahan segar, santan serta produk hiliran berasaskan kelapa.