KUNJUNGAN HORMAT PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB)

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) Datuk Wira Haji Ab. Ghaffar A. Tambi di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini (11 Mei 2022).

Kunjungan hormat ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara PNMB dan kerajaan negeri.

Di samping itu juga, melalui pertemuan ini, PNMB sedia membantu dan bekerjasama untuk kerja percetakan yang melibatkan kerajaan negeri.

Hadir sama, Encik Mohd Hedzri P Jaafar, Encik Muhammad Aizat Abd Rahim, Puan Nur Aisyah Abd Khalid dan Puan Normaziah Mohamad Nor.