Pejabat Menteri Besar

Ditulis pada .


PIAGAM PELANGGAN SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

PEJABAT MENTERI BESAR TERENGGANU


1.   Menentukan setiap majlis rasmi dan temujanji YAB. Menteri Besar berjalan mengikut masa yang ditentukan.

2.   Memastikan bahawa masyarakat diberi peluang mengemukakan apa-apa permasalahan pada Hari Bertemu Pelanggan (Hari Rabu) untuk dibawa ke pertimbangan sekiranya tidak bertentangan dengan peraturan kerajaan.

3. Memastikan maklumbalas kepada setiap permohonan temujanji, bantuan serta surat-menyurat yang berkaitan dapat dikeluarkan dalam jangkamasa tiga (3) hingga tujuh (7) hari bekerja.

4.  Memastikan maklumbalas ke atas sebarang kertas kerja / cadangan berskala kecil dan sederhana yang diterima dapat dikeluarkan setelah kajian dan pertimbangan dibuat dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) bulan.

5.  Memastikan setiap kakitangan jabatan memberikan layanan yang mesra kepada pelanggan.