KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN KAWALAN STRATEGIK DAN KORPORAT, PERBENDAHARAAN MALAYSIA.
SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat daripada Ketua Seksyen Koordinasi Audit Dalam dan Perakaunan, Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Perbendaharaan Malaysia, Dr Farida Veerankutty, di Wisma Darul Iman, hari ini (24 Ogos 2022).
Pertemuan ini diadakan sempena Lawatan Naziran Penilaian Terhadap Keberkesanan Pelaksanaan Audit Dalam Tahun 2022 di Terengganu selama dua hari.
Sesi ini turut menekankan berkenaan peranan ketua-ketua jabatan dalam usaha memastikan pengurusan kewangan berjalan mengikut peraturan dan undang-undang serta membuat pemantauan yang berkesan terhadap isu-isu audit yang timbul.
Hadir sama, Puan Hajah Maldiana Abd Patah (Ketua Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu), Puan Hajah Norwani A. Mutalib (Penolong Juruaudit Kanan 1) dan Puan Nur Shahida Mat Jusoh (Penolong Juruaudit Kanan 2, Pejabat Unit Audit Dalam).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |