SAMBUTAN HARI INOVASI PERINGKAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU & MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2011
Ketibaan YB Dato' SUK Terengganu
“Konvensyen Inovatif & Kreatif (KIK) boleh merangsang dan juga dapat memberi peluang untuk meningkatkan daya saing dan prestasi pekerja sector awam”, berikut antara mesej yang telah disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Mazlan bin Ngah, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam ucapannya ketika merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah konvensyen tersebut.
Dua kategori telah dipertandingkan dalam konvensyen tersebut iaitu kategori teknikal dan pengurusan. Pemenang bagi kategori teknikal adalah kumpulan Ombak dari Klinik Pergigian Dungun, manakala pemenang bagi kategori pengurusan adalah kumpulan Best Q dari Klinik Tengkawan, Kuala Berang.