YANG BERHORMAT MULIA TENGKU SERI BIJAYA RAJA MELAKUKAN PELEPASAN KATEGORI CEN 40 KM PROGRAM KUDA LASAK PIALA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja melakukan pelepasan Kategori CEN 40 KM Program Kuda Lasak Piala Panglima Angkatan Tentera, di Terengganu International Endurance Park ( TIEP ), Lembah Bidong, Merang, Setiu, semalam (3 September 2022).

 

KUNJUNGAN HORMAT PETUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA BAHAGIAN NEGERI TERENGGANU (PERKIM)

Ditulis pada .

PENGERUSI Petubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bahagian Negeri Terengganu (PERKIM), Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan), Prof Dr Ramle Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini (1 September 2022).

Pertemuan diadakan bertujuan untuk melantik YBM Tengku sebagai penasihat PERKIM Negeri Terengganu serta ingin menerokai peluang kerjasama dengan pihak kerajaan khususnya dalam memperkasakan kerja-kerja dakwah dan kebajikan bersama PERKIM Terengganu.

Selain itu, PERKIM juga berhasrat untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri mengenai kemudahan yang boleh diberikan dalam melancarkan urusan operasi termasuk dari segi logistik seperti pejabat operasi, pusat aktiviti dan lain-lain.

Hadir sama, Dato' Haji Ismail Ali (Naib Yang Dipertua, Pengerusi JK Dakwah), Ustaz Haji Musameh Jusoh (Naib Yang Dipertua, Pengerusi JK kebajikan), Haji Abd Ghafar Mamat (Setiausaha Kehormat, Timbalan Pengerusi Tetap Perkim Kebangsaan), Ustaz Mohd Rosli Wahab (Bendahari Kehormat, Setiausaha KOPTER), Dato' Haji Mohd Jafri Abd Razak (Pengerusi JK Kewangan, Pengerusi KOPTER), YM Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof (Timbalan Pengerusi KOPTER, Pengerusi Pusat Latihan dan Aktiviti PERKIM Yayasan Ehsan).

 

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU MUNCUL JOHAN BAGI KATEGORI JABATAN KERAJAAN TIDAK BERUNIFORM

Ditulis pada .

PEJABAT Setiausaha Kerajaan Terengganu muncul johan bagi kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat Negeri Terengganu, hari ini (31 Ogos 2022).
Berikut keputusan penuh pertandingan perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-65 peringkat Negeri Terengganu:
 
Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform (Bertanding)
Ketiga - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu.
Kedua - Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu.
PERTAMA - PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU.
 
Kategori Badan Berkanun Tidak Beruniform (Bertanding)
Ketiga - Majlis Daerah Besut
Kedua - Yayasan Islam Terengganu 
PERTAMA - PERBADANAN MEMAJUKAN IKHTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT)
 
Kategori Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, IPT, Swasta Beruniform (Bertanding)
Ketiga - Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Negeri Terengganu.
Kedua - KPDNHEP Negeri Terengganu.
PERTAMA - JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU.
 
Kategori Pasukan SMK Tidak Beruniform (Tidak Bertanding)
Ketiga - SMK Padang Midin, Kuala Terengganu.
Kedua - SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu.
PERTAMA - SM Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
 
Kategori Swasta, GLC Tidak Beruniform (Bertanding)
Ketiga - Terengganu Inc.
Kedua - Kolej Universiti TATI
PERTAMA - PETRONAS Terengganu
 
Kategori Khas DUN (Bertanding)
Ketiga - Pusat Khidmat DUN Wakaf Mempelam
Kedua - Pusat Khidmat DUN Bukit Tunggal
PERTAMA - PUSAT KHIDMAT DUN KOTA PUTERA, BESUT
 
Kategori Pasukan SMK Beruniform (Bertanding)
Ketiga - Kadet Koreksional SMK Merchang
Kedua - Ko-Kadet Polis SMK Tg Mahmud, Besut
PERTAMA - KADET BERSATU MALAYSIA (DARAT) SMK SERI NERING, BESUT
 
Kategori Pancaragam Sekolah (Bertanding)
Ketiga - SMK Sultan Sulaiman, KT
Kedua - SMK Chung Hwa Wei Sin
PERTAMA - SMK LEMBAH BIDONG, SETIU
 
Ketua Perbarisan 
Terbaik
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)
Juara keseluruhan 
PMINT