PROGRAM BICARA NEGARAWAN BERSAMA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Ditulis pada .


Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad telah diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, pada 3 Mei ini (Khamis) bermula jam 9 pagi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bakal merasmikan program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) itu.

Ketua Pegawai Operasi T-ISSI, Haji Lukema Meri Salleh, berkata Tun Dr Mahathir bakal menyampaikan ucapan dan syarahan yang bertajuk `Cabaran Umat Islam Masa Kini : Persepsi dan Realiti’ yang akan mengupas isu berkaitan dengan lebih lanjut dan menarik.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput ke program ilmiah yang bakal berlangsung sepanjang tiga jam itu bagi mendapatkan gambaran sebenar dan lebih dekat mengenai perkara yang menjadi isu penting masa kini yang bakal disampaikan pemimpin ulung negara nanti.

“Hadirin juga berpeluang mengetengahkan soalan ketika sesi soal jawab sebaik selesai ucapan Tun Dr Mahathir yang mungkin akan memberi dimensi baru kepada kita semua bagi menyiapkan diri berdepan dengan cabaran musuh-musuh Islam dari pelbagai sudut dalam era globalisasi ini.

“Sebagaimana yang kita ketahui, mutakhir ini umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai cabaran yang menguji keimanan, kepercayaan, pegangan dan krisis mereka terhadap Islam yang timbul sebagai isu yang hangat diperdebatkan oleh semua,” katanya.

PELANCARAN BUKU 4 TAHUN MB BERSAMA KAKITANGAN JABATAN/AGENSI DI NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .


hfk_5552Pelancaran Buku 4 Tahun telah diadakan pada 23 April 2012 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh  Y.A.B Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad bin Said.

hfk_5523
hfk_5539
hfk_5549

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DENGAN SAUDI ARABIAN AIRLINES

Ditulis pada .


hfk_3393 Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara Kerajaan Negeri Dengan Saudi Arabian Airlines telah diadakan pada 19 April 2012, jam 4.30 petang bertempat di Bilik Rajawali 2, Bangunan Marina, Riyaz Heritage & SPA Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Perjanjian tersebut telah diadakan dengan jayanya.
hfk_3366
hfk_3385
Majlis tersebut telah disempurnakan dengan Ucapan oleh Y.B Pegawai Kewangan Negeri bagi mewakili Kerajaan Negeri Terengganu. Kemudian acara menandatangani Perjanjian (MoU) oleh kedua-dua pihak dan penyampaian cenderahati.

hfk_3379

hfk_3458