PANGLIMA TENTERA DARAT, JENERAL DATO' SRI ZULKIPLE BIN HAJI KASSIM

Ditulis pada .

Satu penghormatan buat Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato 'Sri Zulkiple bin Hj Kassim ke pejabat saya petang ini. Alhamdulillah, kita telah mengadakan perbincangan dua hala berhasil bagi faedah kedua-dua pihak. 

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI ( MITI )

Ditulis pada .

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI ( MITI )

 
 
Saya merasa sangat berbangga dengan ketua jabatan dari generasi muda yang berada di pejabat saya pada petang ini. Mereka semuanya daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
 
kami membincangkan tentang kemungkinan untuk mengadakan perkongsian strategik diantara MITI dan PKS Negeri.  Saya percaya terdapat ramai usahawan-usahawan dan produk yang hebat di luar sana di Terengganu yang telah sedia untuk dilahirkan, InshaAllah.
 
Usaha ini akan membantu Program Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu untuk menjadi kenyataan.
 
be better, work together!

MAJLIS PERASMIAN KAUNTER BERSEPADU PERANTAU TTB (T-CAKNA)

Ditulis pada .

MAJLIS PERASMIAN KAUNTER BERSEPADU PERANTAU TTB (T - CAKNA)

Dalam majlis tersebut YB. Dato' Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, (Setiausaha Kerajaan Terengganu) telah memberi ucapan alu-aluan kepada semua tetamu yang hadir dan di ikuti ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB. Dato Haji Mohd Zubir bin Embong (Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu) seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Tujuan Penubuhan Kaunter T-CAKNA adalah bagi memudahkan Anak Terengganu di Kuala Lumpur memohon pelbagai bantuan seperti perubatan, kebajikan dan lain-lain yang melibatkan pelbagai agensi.

Antara perkara-perkara yang turut disampaikan di dalam majlis tersebut adalah:

1. - Penyampaian Bantuan Pentadbiran kepada NGO-NGO Anak-anak Terengganu diperantauan.

2. - Penyampaian Bantuan Kebajikan kepada NGO-NGO Anak-anak Terengganu diperantauan.

3. - Penyampaian Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu ke IPT Peringkat Ijazah 2016 Serta

4. - Lawatan ke Kaunter T-CAKNA Bersepadu.

Sekian. 

be better, work together!