LPT 2 DIJANGKA SIAP AKHIR 2014

Ditulis pada .

Penggunaan Projek Lebuh Raya pantai Timur (LPT) Fasa 2 dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada akhir 2014. Sebanyak 60-70 peratus projek yang melibatkan 17 pakej itu sudahpun siap dengan dua daripadanya diserahkan tahun ini dan tiga pakej lagi pada tahun hadapan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Yb. Dato Haji Mazlan bin Ngah, berkata berdasarkan taklimat kemajuan LPT Fasa 2 oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) minggu lalu, kegagalan kontraktor menyiapkan mengikut tempoh ditetapkan dan timbul masalah berkaitan projek menyebabkan dua pakej tender perlu ditender semula.

"Ada pakej yang sudah siap sepenuhnya dan ada yang sedang rancak disiapkan yang dijangka selesai tahu  depan. Dua pakej dijangka akan diserahkan pada November dan Disember tahun ini, manakala tiga pakej lagi dijangka siap pada 2013.


“Kita minta pihak LLM dan Jabatan Kerja Raya supaya mana-mana pakej (jajaran) yang berjaya disiapkan dan bersambung itu dibuka kepada orang ramai tanpa perlu menunggu siap sepenuhnya, sebagaimana jalan Kampung Gemuroh-Bukit Besi yang mula dibuka untuk kemudahan umum sejak Ogos tahun lepas,” katanya kepada pemberita, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


“Kemudahan LPT ini menjadi alternatif kepada pengguna untuk mengurangkan kesesakan di jalan pantai (Kuala Terengganu-Kuantan) terutama pada musim perayaan apabila orang ramai bersesak-sesak memasuki dan meninggalkan Terengganu,” katanya.

LPT 1 sepanjang 160 km,menghubungkan Karak ke Kuantan, Pahang siap pada 2004. Sementara LPT 2 sepanjang 185 km bermula dari Jabur dan berakhir di Gemuruh, di bahagian utara Kuala Terengganu.


Infrastruktur yang melibatkan lebuh raya bertaraf tinggi dengan empat -lorong dua hala, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti 10 persimpangan bertingkat, kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah, lampu jalan dan plaza tol dengan berasaskan kriteria reka bentuk serta pemilihan laluan.

PERHIMPUNAN BULANAN OKTOBER 2012

Ditulis pada .



DSC_0009 Perhimpunan bulanan warga Wisma Darul Iman 2012 telah diadakan pada 14 Oktober 2012 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Ia melibatkan para pegawai dari  pelbagai jabatan dan agensi di Wisma Darul Iman.

DSC_0022
Anugerah Bulanan telah disampaikan Oleh Y.Bhg  Dato` Haji Wan Ahamad bin Wan Muda, Timbalan SUK (Pengurusan)  dan disaksikan Oleh YB. Dato` SUK Dan Pegawai-Pegawai , Anugerah Bulanan Bagi Bulan Ogos, September dan Oktober 2012.
DSC_0004

DSC_0013

Seminar Minyak dan Gas Terengganu 2012

Ditulis pada .


  DSC_0086Akademi Binaan Malaysia Wilayah Pantai Timur (ABMT) telah menganjurkan seminar Minyak dan Gas Terengganu 2012 bertempat di Cindai Ballroom, Ri-Yaz Herritage Marina Resort & Spa, Kuala Terengganu pada 9 Oktober 2012.

 Seminar anjuran bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Negeri Terengganu DSC_0104(CIDB) dan Institut Petroleum (INSTEP) itu  dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang.DSC_0100
Ketua Pegawai Operasi, Encik Maliki Endut, berkata seminar itu bertujuan memberi maklumat, pendedahan dan peluang kepada semua pemain industri pembinaan, khususnya di Terengganu bagi menceburkan diri dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan industri minyak, gas dan petrokimia.

Katanya, orang ramai dijemput memanfaatkan seminar itu supaya dengan perkongsian ilmu nanti mampu memberi sumbangan kepada negara bagi menjana ekonomi dalam sektor berkenaan.


DSC_0107