BENGKEL SISTEM PEMANTAUAN LAMAN WEB DAN SERVIS KERAJAAN (SPLASK)

Ditulis pada .

BENGKEL Sistem Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan (SPLASK) disertai 20 jabatan dan agensi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu berlangsung tiga hari, mulai hari ini (12 September 2022).

Seramai 30 peserta di kalangan pengendali laman web menyertai bengkel yang diuruskan Unit Korporat bersama Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat, di Altfa Technologies Sdn Bhd, Bandar Baru Bangi, Selangor itu.

Bengkel bertujuan mengenal pasti tatacara penandaan dalam templat laman web agensi bagi membolehkan SPLASK yang dibangunkan oleh Pihak MAMPU dapat mengakses laman web dan menilai tahap pematuhan laman web agensi berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan secara dalam talian.

 

KUNJUNGAN HORMAT PUSAT LATIHAN DARUL IMAN (DITC)

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan Ahli Lembaga Pengarah Pusat Latihan Darul Iman (DITC), di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini (7 September 2022).

Pertemuan diketuai Pengerusinya, YBhg. Hazri Jusoh dan turut disertai Prof. Madya Dr. Haji Wan Mat Wan Sulaiman (Ahli Lembaga Pengarah) dan Encik Mohd Shuhaimi Embong (Ketua Pegawai Eksekutif).

Kunjungan itu antara lain bagi merapatkan hubungan silaturahim dan berkongsi idea bagi merealisasikan visi DITC sebagai pusat kecemerlangan latihan hibrid yang berkonsepkan hotel.

Untuk rekod, DITC yang dikelilingi persekitaran indah berhampiran Pantai Teluk Kalong, Kemaman merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang menyediakan infrastruktur untuk latihan dan seminar. Pusat latihan yang menyajikan pemandangan dan suasana segar serta nyaman kepada pengunjung dengan jarak hanya 13 kilometer daripada Bandar Chukai, Kemaman.

   

 

MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN KETUA JABATAN NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

DUA mantan pegawai kanan, YBhg. Dato' Haji Shahidan Embok (Mantan Pegawai Kewangan Negeri) dan Tuan Haji Ariffin Abdullah (Mantan Pegawai Daerah Kuala Terengganu) diraikan sempena Majlis Meraikan Persaraan Ketua Jabatan Negeri Terengganu, hari ini (7 September 2022).

Majlis di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu itu dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Rozali Salleh, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Terengganu, Dato' Zulkifli Ali dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, YBrs. Tuan Haji Rosli Latif.