KUNJUNGAN HORMAT SYARIKAT PELABURAN BERPANGKALAN DI GUANGDONG, CHINA, XINDA DEVELOPMENT SDN BHD DAN NEW ZHONG YUAN BUILDING MATERIALS CO LTD

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat daripada syarikat pelaburan berpangkalan di Guangdong, China, Xinda Development Sdn Bhd dan New Zhong yuan Building Materials Co Ltd di pejabat beliau di Tingkat 15, Wisma Darul Iman pada 6 Oktober 2022.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Haji Rozali Salleh dan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, YBhg. Dato' Zulkifli Ali. Manakala pelawat diwakili YBhg. Datuk Zubir Embong (Penasihat Xinda Development Sdn Bhd), Ketua Pegawai Eksekutif Xinda Development Sdn Bhd, Mr Nishigami Toshimu (Japan), Mr Wen Deblao (China) (Pengarah New Zhing Yuan Building materials Co Ltd), Mr Luo Ergen (China) (Pengurus Tenikal New Zhong Yuan Building Materials Co Ltd) dan Mr Tan Weng Ming (Pengarah Urusan MyMineral Sdn Bhd).

Pertemuan syarikat dalam bidang pengeluaran dan pengilangan bahan mineral dan industri digital itu bagi membincangkan prospek perniagaan menggunakan teknologi terkini yang boleh diterokai di Terengganu, khususnya di kawasan perindustrian Kemaman tidak lama lagi.

 

KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF)

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat Pengerusi MCPF (Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia) Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Dr. Mustapha Ahmad Marican di pejabat beliau, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, semalam (28 September 2022).

Pertemuan itu bagi membincangkan program-program yang boleh dianjurkan oleh MCPF kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri terutama berkaitan langkah-langkah pencegahan jenayah, etika kerja, peluang kerjaya dan motivasi.

 

KUNJUNGAN HORMAT KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)

Ditulis pada .

KETUA Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini (26 September 2022).

Hadir sama, YBrs. Tuan Haji Azman Adam (Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP) dan Pengarah KPDNHEP Terengganu, Encik Saharuddin Mohd Kia.

Kunjungan itu bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan bertukar-tukar pandangan serta membincangkan bentuk pengukuhan kerjasama yang boleh dilaksanakan demi manfaat rakyat dan kebaikan bersama.