MESYUARAT AGUNG KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI TADBIR NEGERI TERENGGANU BERHAD

Ditulis pada .

SEKITAR Mesyuarat Agung Koperasi Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Terengganu Berhad di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, pada 12 Oktober 2022 (Rabu).

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja.

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Muncul Johan Perbarisan Maulidur Rasul

Ditulis pada .

PASUKAN Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu muncul johan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 2022 Peringkat Negeri Terengganu bagi Kategori Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Kerajaan Negeri , di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam (9 Oktober 2022).

Sementara bagi Kerajaan dan Badan Berkenan Persekutuan dimenangi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan SM Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu pula diumumkan johan bagi kategori Sekolah Menengah/IPT dan IPTS.

Manakala Kumpulan Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) pula memenangi kategori perarakan syarikat swasta, diikuti Kategori Pasukan Beruniform dimenangi oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula menjadi milik Masjid Al-Hijrah sebagai juara, manakala untuk kategori terakhir Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Mukim Bukit Besar (Ladang) diumumkan johan dengan masing-masing menerima wang tunai RM3,000.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada semua pemenang melibatkan tujuh kategori yang dipertandingkan disertai 78 kontinjen dengan pembabitan 2,340 peserta.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda mencemar duli merasmikan majlis tersebut diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

 

KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

Ditulis pada .

SURUHANJAYA Perkhidmatan Awam Negeri (SPN) Selangor mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja di Wisma Darul Iman, hari ini (10 Oktober 2022).

Pertemuan itu bertujuan merapatkan hubungan silaturahim dan membentuk jalinan kerjasama yang baik antara kedua-dua kerajaan negeri dalam sektor perkhidmatan awam.

Kunjungan yang diketuai Pengerusi SPN Selangor, Y.A.D. Dato’ Emran Kadir turut disertai Timbalan Pengerusi SPN Selangor, YBhg. Datuk Seri Ab Hakim Borhan dan Setiausaha SPN Selangor, Tuan Zulkifli Osman.