MESYUARAT PERHUBUNGAN ANTARA NEGERI-NEGERI PANTAI TIMUR BILANGAN 1 TAHUN 2022

Ditulis pada .

JAMUAN Makan Malam Sempena Mesyuarat Perhubungan Antara Negeri-negeri Pantai Timur Bilangan 1 Tahun 2022 berlangsung di JW Marriot Hotel Kuala Lumpur, semalam (19 Oktober 2022).

Majlis jamuan Pegawai-Pegawai Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang bersama pegawai-pegawai dari Terengganu dan Kelantan itu dihadiri SUK Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, SUK Pahang, YB Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak dan SUK Kelantan, YB Dato Haji Nazran Muhammad.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Rozali Salleh, Timbalan Setiausaha (Pembangunan), Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan), YBrs. Tuan Haji Anuar Awang.

Sementara mesyuarat yang berlangsung hari ini, melibatkan pembentangan status pelaksanaan Projek ECRL dan isu penyertaan kontraktor Bumiputera oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. serta usul-usul baharu daripada negeri-negeri Pantai Timur.

SUK Terengganu turut mengusulkan isu tanah berstatus Rizab Persekutuan, mewujudkan kerjasama antara negeri dalam berkongsi kaedah menjayakan food security serta kerjasama mempromosikan produk pelancongan negeri masing-masing ke negeri lain dan luar negara.

 

PETRONAS MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA AGENSI PENYELAMAT TERENGGANU

Ditulis pada .

PETRONAS menyampaikan sumbangan kepada agensi penyelamat Terengganu dalam usaha membantu menghadapi musim banjir.

Sumbangan berbentuk peralatan menyelamat dan perlindungan kepada mangsa banjir itu disampaikan oleh Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Encik Mohammad Ahmad Shazly Ramli kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja di Wisma Darul Iman, semalam (17 Oktober 2022).

Turut hadir, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu, Lt. Kol. Mohd Rosman Abdullah dan Timbalan Pengarah Bomba, Muhammad Basri Kamarazaman.

Sumbangan berupa empat unit bot dilengkapi enjin, tangki bahan api, serta kemudahan roda mudah alih, 1,000 unit khemah (C-Tent), 700 unit jaket keselamatan dan 7,000 helai baju hujan.

Ianya juga merupakan sebahagian daripada komitmen PETRONAS membantu mangsa banjir di seluruh negeri bernilai RM25 juta yang diumumkan pada Disember 2021.

   

 

EXECUTIVE TALK SEMPENA SETAHUN SEBAGAI SUK

Ditulis pada .

DASAR-dasar yang terbaik, jika tidak dilaksanakan dengan sempurna, tidak akan ke mana.

Siapa yang melaksanakannya?

Tidak lain dan tidak bukan, kita lah warga Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu dan Malaysia yang bertungkus-lumus memastikan setiap inisiatif berjalan, setiap bantuan yang dihulur sampai, dan setiap halangan serta cabaran digembeleng bersama demi kesejahteraan negeri dan negara.

Selain itu juga, landskap baharu perkhidmatan awam yang semakin mencabar dan kompleks, perlu mengambil kira keperluan dan aspirasi rakyat serta pihak berkepentingan.

Perkara ini boleh direalisasikan dengan mempermudahkan dasar, peraturan dan proses kerja di pihak agensi awam serta menggalakkan libat urus dengan masyarakat dalam pembangunan negara.

Demikian antara inti pati ucapan Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja sempena Executive Talk di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini (17 Oktober 2022).

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Rozali Salleh, Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu, Dato' Zulkifli Ali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) (Pembangunan), Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Timbalan Setiausaja Kerajaan

(Pengurusan), YBrs. Tuan Haji Anuar Awang.

Di majlis itu, YBM Tengku turut diraikan dengan acara memotong pulut kuning sempena setahun perkhidmatan beliau sebagai SUK.