" SEMINAR ON TECHNOLOGY AND THE FUTURE OF GROWTH 2.0 : CHALLENGES OF CHANGE"

Ditulis pada .

" SEMINAR on Technology and The Future of Growth 2.0 : Challenges of Change" dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Terengganu merangkap Yang Dipertua Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu, YBhg. Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, hari ini (25 Januari 2023).

Seminar dua hari dianjurkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Negeri itu turut menampilkan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja sebagai antara panel yang akan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pengurusan pentadbiran dengan memfokuskan topik "Leadership Dynamics: The Art Of Technology Adaptation".

 

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI MEMERINTAH BATALION KE-18 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD) (PARA)

Ditulis pada .

PEGAWAI Memerintah Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Para), Leftenan Kolonel Mohd Zaki Jusoh mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja di pejabat beliau, di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (25 Januari 2023).

Kunjungan yang turut disertai empat pegawai RAMD (Para) itu bagi meneruskan hubungan baik antara pasukan 18 RAMD dengan kerajaan negeri.

Pegawai Memerintah juga mengambil peluang untuk menerangkan status pasukan di bawah naungan 10 Briged (Para) dan pentadbiran tempatan di bawah 8 Briged.

Pertemuan itu juga mampu mengeratkan hubungan antara tentera dengan pihak awam sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam” yang menekankan kepada usaha menjalinkan hubungan kerjasama di antara organisasi serta agensi dengan pihak awam (civil-military cooperation).

 

REHDA SUMBANG RM40,000 UNTUK KEPERLUAN PASCA BANJIR TERENGGANU

Ditulis pada .

Persatuan Pemaju Hartanah & Perumahan Malaysia (REHDA) menyampaikan sumbangan berbentuk cek berjumlah RM40,000 bagi keperluan pasca banjir kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Cek sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi REHDA Terengganu, Encik Mohamad Hishamudin Muda kepada kerajaan negeri yang diwakili Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja.

Sumbangan itu hasil terkumpul REHDA Malaysia daripada tiga cawangan melibatkan Cawangan Selangor, Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu itu sebagai komitmen berterusan REHDA bagi membantu pihak kerajaan dan rakyat negeri ini dalam menghadapi sebarang musibah.