KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT TANAH DAN GALIAN (PTG) NEGERI KELANTAN

Ditulis pada .

PENGARAH Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan, YBhg. Dato' Haji Zamri Ismail mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (15 Januari 2023).

Turut sama menyertai pertemuan itu, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Haji Rozali Salleh.

Kedua-dua pihak saling berkongsi idea dan pengalaman bagi memantapkan hal-hal pentadbiran dan pengurusan tanah di kedua-dua negeri.