16 PASUKAN BERENTAP, MDM BOLOT HADIAH UTAMA KIK

Ditulis pada .

PASUKAN VClean dari Majlis Daerah Marang (MDM) muncul penerima Anugerah Emas sempena Majlis Anugerah Persada Inovasi Terengganu 2022, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (22 November 2022).

Hadiah bagi anugerah utama berupa Piala Pusingan, Piala Setiausaha Kerajaan Terengganu disampaikan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja kepada Yang Dipertuanya, YBrs. Haji Zuwislan Awang.

VClean yang menampilkan 'adjustable loader' turut membolot Anugerah 5 Bintang, Anugerah Persembahan Terbaikdan Anugerah Dokumentasi Terbaik.

Kemenangan itu melayakkan MDM mengumpul hadiah wang tunai berjumlah RM12,500.

Sebanyak 16 pasukan daripada jabatan dan agensi kerajaan berentap dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif bagi merebut 13 kategori anugerah itu.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Rozali Salleh; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu, YBhg. Dato' Zulkifli Ali; Timbalan Setiausaha (Pembangunan), YBrs. Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan), YBrs. Tuan Haji Anuar Awang.