KUNJUNGAN HORMAT PENJARA MARANG

Ditulis pada .

Pengarah Penjara Marang, SAC Hamid binTahar mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja di Wisma Darul Iman, hari ini (21 November 2022).

Kunjungan diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan memperkenalkan diri kepada YBM Tengku sebagai Pengarah baharu Penjara Marang,Terengganu.

Hadir sama, Timbalan Penjara Marang, Norimi bin Ibrahim @ Mat Nor dan Inspektor Mohd Hafiz Zakaria bin Abu Bakar.