KUNJUNGAN HORMAT JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH TIMUR

Ditulis pada .

PENGARAH Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur, Tuan Haji Abd Majid Haji Rais mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini (15 September 2022).

Kunjungan ini turut disertai, Timbalan Ketua Pengarah Laut dan Operasi, Kapten Abdul Samad Shaik Osman dan Timbalan Pengarah Laut Wilayah Timur, Encik Mohd Azhan Abdullah.

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih kurang sejam itu, kedua-dua pihak telah membincangkan isu-isu semasa berkaitan perairan Negeri Terengganu.

Jabatan Laut turut menerangkan garis panduan aktiviti pantai dan Taman Laut serta memperkukuhkan perkongsian maklumat dan penguatkuasaan secara bersama.