KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, YBrs. Tuan Haji Suhaimi Ali di pejabat beliau di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (7 Ogos 2022).

Lawatan yang turut disertai Timbalan Pengarah Kanannya, Puan Norazlin Alias bertujuan merapatkan hubungan silaturahim dan sesi libat urus pemusatan pentadbiran agensi kerajaan negeri di bawah pentadbiran Kuala Nerus.

Kunjungan sebagai pasukan perunding untuk melihat status pengoperasian terkini pentadbiran di Kuala Nerus itu juga bertujuan memberi pandangan serta cadangan bagi memastikan pembangunan model pemusatan pentadbiran berkenaan dapat berjalan lancar.