YBM TENGKU LEPAS ANAK TUNTUNG DI HULU TERENGGANU

Ditulis pada .

LAWATAN Kerja Setiausaha Kerajaan

Terengganu Ke Daerah Hulu Terengganu hari ini (26 Mei 2022) berakhir dengan aktiviti pelepasan anak tuntung di Sungai Terengganu, Kampung Dusun.

Sebelum itu, Yang Berhormat Mulia, Tengku Seri Bijaya Raja menyertai acara menanam anak pokok dan demonstrasi menumbuk emping serta membuat laksa kebok.

YBM Tengku juga menyampaikan hadiah kepada penduduk sekitar yang memenangi pertandingan sukan rakyat.

Beliau yang tiba di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu (PDTHT) kira-kira jam 8.45 pagi disambut Pegawai Daerah Hulu Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Azizi Zulkifli bersama pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan daerah berkenaan. Hadir sama, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, YBhg. Dato' Zulkifli Ali.

Sejurus tiba, beliau melawat Kaunter Bersepadu PDTHT dan perjumpaan dengan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri di Bilik Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

YBM Tengku kemudiannya mengikuti Taklimat Pembangunan Daerah di Bilik Gerakan, PDTHT serta Majlis Amanat YBM Setiausaha Kerajaan Terengganu Bersama Penjawat Awam Daerah Hulu Terengganu di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu.