KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN JURUUKUR TANAH BERTAULIAH MALAYSIA (PEJUTA)

Ditulis pada .

PRESIDEN Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA), Dr. Haji Noordin Ahmad mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini (11 Mei 2022).

Turut serta dalam pertemuan itu, ahli PEJUTA, Encik Wan Mohd Wan Salleh, Haji Wan Sagar Wan Embong, Haji Sulaiman Mohd dan Haji Ghazali Mohd Lila.

Kunjungan itu bagi merapatkan silaturahim dan bertukar-tukar pandangan serta idea untuk manfaat bersama.