KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Sor Othman, di Bilik Tamu, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini (9 Januari 2022).

Pertemuan setengah jam itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Tuan Haji Mohd Sor atas sokongan yang diberikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu kepada JPS dalam merealisasi peranan jabatan itu sebelum beliau bersara wajib bermula 11 Januari ini.

Antara pencapaian cemerlang beliau lebih dua tahun di JPS Negeri Terengganu adalah kejayaan membawa produk inovasi dari kumpulan BS’2 (JPS Terengganu) memenangi Anugerah Pingat Emas pada pertandingan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) Malaysia 2021 yang berlangsung pada 13 dan 14 Disember 2021 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).